Friday, February 7, 2020

Perutusan Yang Di Pertua PSSGM PP

















Perutusan Yg DiPertua PSSGM PP
Assalamualaikum dan salam segayong.
Alhamdullilah, syukur ke hadzrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinNya dapat Blog Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Cawangan Negeri Pulau Pinang pendaftaran RoS PPM-002-10-27052013-000001 dilancarkan.  Tujuan blog senigayongpp.blogspot.my  ini adalah untuk memberi informasi tentang pertubuhan dan juga mewar-warkan aktiviti-aktivi yang dijalankan.
Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam jutaan terima kasih kepada Mantan YDP, Cikgu Mahmad Toher Saad yang juga merupakan Penasihat Utama PSSGMK PP dan Gurulatih Utama  yang telah banyak berjasa kepada PSSGMK PP dan anak-anak Gayong Pulau Pinang amnya.  Juga terima kasih saya kepada semua AJK PSSGMK PP dan para gurulatih yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi kelestarian dan kesinambungan warisan Silat Seni Gayong di Pulau Pinang.  Penghargaan juga kepada Cikgu Ahmad Ismail@Mat Jepun@Mat Putih yang juga telah banyak berjasa mengembangkan Silat Seni Gayong di negeri Pulau Pinang.
Dengan barisan AJK dalam badan induk, Majlis Gurulatih dan Lembaga Beradat yang merupakan gabungan antara orang lama dan tenaga muda, adalah diharapkan agar Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Cawangan Negeri Pulau Pinang  akan terus mantap dan berkembang maju bagi mencapai hasrat murni meneruskan kesinambungan warisan bangsa dan menggalakkan gologan muda menceburkan diri didalam aktiviti sihat dan berfaedah.
Akhirul kalam, terima kasih juga kepada Datuk Adiwijaya Abdullah, YDP PSSGMK Pusat atas sokongan dan kerjasama beliau.
Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment