Monday, February 3, 2020

SENARAI GELANGGANG & JURULATIH



Bil
Gelanggang Awam dan  Waktu Latihan
Daerah
Tenaga Pengajar (No. H/P)
1
Taman Haji Abdullah Fahim (THAF), Kelapa Batas
9.00 malam hingga 11.00 malam - Jumaat
SPU
1.       Gurulatih Kanan Nasrihan (0174103859)
2.       Gurulatih Ali (01131129195)
2
Kampung Selamat
9.00 malam hingga 11.00 malam - Jumaat
SPU
1.       Gurulatih Kanan Badlishah (0125452139)
2.       Gurulatih Ayen (01112500775)
3
Lahar Yooi
9.00 malam hingga 11.00 malam - Sabtu
SPU
1.       Gurulatih Badlishah Kanan (0125452139)
2.       Gurulatih Zam (0124649947)
4
Paya Keladi
9.00 malam hingga 11.00 malam - Sabtu
SPU
1.       Gurulatih Fazdy (0164747290)
2.      Gurulatih Sauqi (0125831549)
3.       Pembantu Jurulatih Muda Shafiq/Tam (0174143265)
5
Permatang Tiga
9.00 malam hingga 11.00 malam - Sabtu
SPU
1.       Gurulatih Hafizal (0124451430)
2.       Jurulatih Muda Syatbi (0132024874)
3.       Jurulatih Muda Illiya (0175261453)
6
Satria Muda, Machang Bubuk-Alma
9.00 malam hingga 11.00 malam - Jumaat
SPT
1.       Gurulatih Hafizal (0124451430)
2.       Jurulatih Muda Arie (0142577458)
3.      Jurulatih Muda Ejan (0124716900)
4.     Jurulatih Muda Azman (0134313196)
5.      Jurulatih Muda Zam (0184002078)
7
Taman Sutera Prima, Seberang Jaya
10.00 pagi hingga 12.00 tengahari - Ahad
SPT
1.       Gurulatih Ali (01131129195)
2.       Gurulatih Kanan Tn. Hj. Ismail (0194445547)
8
Air Hitam (PBA)
9.00 malam hingga 11.00 malam - Jumaat
TL
1.       Gurulatih Ridwan (0123207582)



Bil
Gelanggang Sekolah
Daerah
Tenaga Pengajar
1
PSSGM (Kelab Silat Seni Gayong)
SMK Kepala Batas
SPU
1.       Jurulatih Muda Syatbi (0132024874)
2.       Jurulatih Muda Zaman (0125319150)
3.       Jurulatih Muda Syamsul (0135359839)
2
PSSGM (Kelab Silat Seni Gayong)
SMK Kampung Selamat
SPU
1.       Gurulatih Ayen (01112500775)
2.       Gurulatih Zam (0124649947)
3
SMK Convent Butterworth
SPU
1.       Gurulatih Kanan Nasrihan (0174103859)
4
PSSGM (Kelab Silat Seni Gayong)
SMK Guar Perahu
SPT
1.       Gurulatih Mariyam (0127964186)

2.       Gurulatih Ali (01131129195)

3.    Jurulatih Muda Ekhwan

4.    Jurulatih Muda Muhaimin
5
PSSGM (Kelab Silat Seni Gayong)
SM Sains Tun Syed Syeh Shabudin Bukit Mertajam
SPT
1.       Gurulatih Hafizal (0124451430)

2.       Gurulatih Kanan Tn. Hj Ismail (0194445547)
6
PSSGM (Kelab Silat Seni Gayong)
SMK Machang Bubuk
SPT
1.    Gurulatih Hafizal (0124451430)

2.    Jurulatih Muda Sarinah

3.    Jurulatih Muda Rashidah

4.    Jurulatih Muda Azli (01116934983)

5.    Pembantu Jurulatih Muda Wawa 
7
PSSGM (Kelab Silat Seni Gayong)
SK Keledang Jaya
SPS
1.       Gurulatih Kanan Zol Fitri (0194523730)












Sunday, February 2, 2020

Sejarah Silat Seni Gayong Di Pulau Pinang

Silat Seni Gayong Malaysia secara rasminya mula bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1966, ketika itu ia dibawa oleh anak murid Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman. Murid tersebut adalah YBhg. Guru Lama Ahmad Ismail atau dikenali Cikgu Mat Jepun atau Singa Putih. Sebelum itu, kekanda Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman iaitu Allahyarham Meor Aziz pernah menetap di Seberang Perai kerana bekerja dengan pihak kastam. Pada ketika itu beliau lebih mengajar ilmu tenaga dalaman. Gelanggang pertama yang dibuka adalah di Permatang Tinggi C dan kemudian beralih ke Paya Keladi hingga sekarang. Pada tahun 1970-an  gelanggang Silat Seni Gayong Malaysia yang pertama di sekolah dibuka adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, yang mana sekarang telah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi.  Seterusnya di Sekolah Menengah Sains Bukit Mertajam. Tarikh penubuhan PSSGM Bahagian Negeri Pulau Pinang (PSSGM PP) adalah 8hb Julai 1990 bersamaan 15 Zul Hijjah 1410. Ketika ini YDP PSSGM PP adalah Allahyarham En. Amat Hassan dan setiausahanya En. Mohd Mamsim Anor Kassim. Perasmian PSSGM PP ini dibuat di rumah rehat bukit Mertajam (Berhadapaan SM Convert BM). Kemudian pentadbiran PSSGM PP di terajui oleh Allahyarham Cikgu Yackop Alma.

Setelah masuk abad baru, gelanggang awam Silat Seni Gayong Malaysia hanya beroperasi di Paya Keladi, Alma dan Relau sahaja. Rentak aktivitinya menjadi perlahan dan lemah. Ini kerana kebanyakan pelapis tenaga pengajar berhijrah ke tempat lain atas urusan kerja dan menyambung pengajian. Pada tahun 2006, Silat Seni Gayong di Pulau Pinang kembali bernadi dengan wujudnya sebuah gelanggang Silat Seni Gayong Malaysia di Taman Haji Abdullah Fahim yang hingga sekarang aktif menganjurkan aktiviti dan menyemarakkan kembali semangat ‘Gayong’ di kalangan ahli Silat Seni Gayong Malaysia di Pulau Pinang. 

Pada tahun 2014, PSSG tiga daerah telah diarahkan oleh PSSGM (APS) pusat untuk membentuk pentadbiran negeri yang baru. Maka satu mesyuarat agong PSSGM PP telah diadakan di hotel Sri Malaysia dan En. Mahmad Toher Saad telah dilantik sebagai YDP PSSGM PP. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Adiwijaya YDP PSSGM (APS) dan YBhg. Guru Lama En. Ahmad Ismail.


LATARBELAKANG PSSG SPU, SPT DAN SPS


Persatuan Seni Silat Gayong daerah Seberang Perai Utara,  Persatuan Seni Silat Gayong daerah Seberang Perai Tengah dan Persatuan Seni Silat Gayong daerah Seberang Perai Selatan telah ditubuh pada 2008 atau nama singkatnya PSSG SPU, PSSG SPT dan PSSG SPS . Ketiga-tiga persatuan ini telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada tahun 2009, dengan nombor pendaftaran 2980/2009, 2981/2009 dan 2982/2009. Persatuan ini bernaung di bawah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan merupakan ejen penggerak pengembangan Silat Seni Gayong Malaysia bagi peringkat daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan. 




Tuesday, April 4, 2017

JENIS PAKAIAN YANG BOLEH DI PAKAIAN DALAM LATIHAN, DEMO, PERTANDINGAN ATAU MAJLIS - MENGIKUT KESESUAIAN

Di bawah ini adalah gambar pakaian yang boleh dipakai oleh pesilat atau pelajar lama baru ketika latihan, demo, pertandingan atau majlis rasmi SSG. Sumber Contoh pakaian : internet


PAKAIAN BERADAT KETIKA MAJLIS RASMI SSG







 PAKAIAN KETIKA LATIHAN, DEMO ATAU PERTANDINGAN - IKUT KESESUAIAN